Saturday, January 1, 2011

Periskop :)

  Wanizakaria..
Korang semua ingat lagi tak masa kita form 4?? Aku ingat cerita ni sampai bila-bila.Masih jelas dalam ingatn aku Teacher Mimi pulangkan kertas Science kita.Haha.Kisah bermula apabila Teacher memberitahu kita semua jawapan-jawapan yang salah dan kelakar.Aku memang tak boleh lupa jawapan Kamal untuk soalan section C.Soalan tu minta kita selesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang lelaki bagaimana untuk melihat keadaan di sebalik dinding.Sepatutnya jawapan bagi soalan tu adalah Periskop,tapi Kamal poie bantai cito pasal lain (koluar loghat dah).Aku tergelak-gelak dengan Shima duduk depan Teacher (memang tak baik gelakkan orang).Mana tak eh,Kamal tulis jawapan amek tangga,panjat tangga tersebut,keadaan disebalik dinding dapat dilihat.Lama jugak kan benda ni jadi isu semasa.Biasalah,perkara yang kelakar memang tak boleh lupa sampai bila-bila.Selalunya perkara yang kelakar yang akan jadi usikkan.Tapi aku tetap nak ucap tahniah kepada Kamal.Walaupun jawapan yang diberi jawapan kontroversi,tapi dia tetap mencuba.Oklah tu kan daripada tak buat langsung! Hehe.

Aku masukkan sekali gambar Periskop.Supaya semua dapat gambaran jelas.  (:
Unforgettable memory!




 

2 comments:

  1. shak drogba:hahahaha..aku lgsg x ingt psl ni wani..

    ReplyDelete
  2. wanizakaria: haha.weh,jelas dalam ingatan den! ;b

    ReplyDelete